Hafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. (No. KPK/LN: 10751) merupakan sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2022. Dengan kepakaran dan pengalaman luas dalam industri pelancongan serta pengurusan umrah, syarikat kami komited dalam menyediakan perkhidmatan perjalanan ibadah dan pelancongan yang telus, teratur dan profesional.
Beribu pejabat di Larkin, Johor Bahru, Hafiz Travel & Tours kini berkembang pesat dengan sokongan lebih daripada 10 cawangan aktif di seluruh Semenanjung Malaysia yang merangkumi Johor, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi memudahkan urusan jemaah serta pelanggan kami.