Makkah Hotel
Snood Ajyad / Emaar Misfalah / setaraf (sekitar 400m)
Special Packages
Makkah, Madinah and related destinations
Prices depend on room category, travel date and current terms.
Pilih tarikh perjalanan anda
Snood Ajyad / Emaar Misfalah / setaraf (sekitar 400m)
Erjwan Golden / setaraf (sekitar 300m)
Information will be updated
Atur Cara Perjalanan
Atur cara harian yang disusun rapi bagi memastikan keselesaan dan kesempurnaan ibadah anda sepanjang di Tanah Suci.
route KLIA → Transit → Jeddah → Mekah
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengikut masa yang ditetapkan.
Urusan daftar masuk (Check-in) penerbangan transit dan penyerahan dokumen perjalanan oleh Mutawwif.
Berlepas ke destinasi transit, tiba di destinasi transit dan seterusnya menyambung penerbangan ke Jeddah.
Jemaah memakai ihram dan berniat Umrah di dalam pesawat sebelum melepasi perbatasan Miqat (Qarnul Manazil).
Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah.
Bergerak ke Kota Suci Mekah dengan menaiki bas berhawa dingin yang disediakan.
Daftar masuk (Check-in) Hotel Mekah, berehat seketika dan bersedia menyempurnakan ibadah Umrah pertama bersama bimbingan Mutawwif.
route Mekah → Taif → Mekah
Sarapan pagi di hotel Mekah.
Bergerak ke Kota Taif dengan menaiki bas bersama Mutawwif pembimbing.
Ziarah tempat-tempat bersejarah sekitar Kota Taif termasuk Masjid Abdullah Ibn Abbas dan kawasan bersejarah.
Melawat Kilang Memproses Minyak Wangi Bunga Ros Taif (Rose Water Factory) dan merasai pengalaman unik di tanah tinggi.
Menikmati hidangan makan tengah hari istimewa Nasi Mandi tradisi Taif.
Bagi jemaah yang ingin berniat Umrah kali kedua, jemaah akan mandi sunat ihram dan berniat Umrah di Miqat Qarnul Manazil (Al-Sail Al-Kabir) sebelum pulang ke Mekah.
Tiba di Mekah dan menyempurnakan ibadah Umrah kedua bersama Mutawwif.
route Mekah → Jaaranah → Mekah
Berkumpul di lobi hotel pada jam 7:30 pagi untuk ziarah luaran Mekah.
Melawat kawasan bersejarah: Jabal Thur (tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar R.A).
Melawat Padang Arafah dan Jabal Rahmah (tempat pertemuan Nabi Adam A.S dan Hawa).
Melalui kawasan Muzdalifah dan Mina (tempat melontar Jamarat).
Singgah di Masjid Jaaranah: Jemaah mengambil wuduk, memakai ihram dan berniat Umrah (bagi yang berhasrat melaksanakan Umrah Badal/Umrah Sunat).
Pulang ke hotel dan menyempurnakan ibadah Umrah di Masjidil Haram.
route Mekah → Hudaibiyah → Mekah
Berkumpul di lobi hotel jam 7:30 pagi untuk lawatan bersejarah ke Hudaibiyah.
Melawat kesan sejarah tempat termeterainya Perjanjian Hudaibiyah dan Masjid Hudaibiyah.
Melawat Ladang Ternakan Unta untuk melihat pembiakan unta dan berpeluang menikmati susu unta segar.
Melawat Muzium Dua Masjid Suci (Muzium Seni Bina Haramain / Pameran Kilang Kelambu Kaabah) - tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.
Berniat Umrah di Miqat Masjid Hudaibiyah bagi yang ingin menunaikan ibadah Umrah tambahan.
Kembali ke Mekah dan menyempurnakan Umrah.
route Mekah → Madinah Al-Munawwarah
Melaksanakan Tawaf Wada' (Tawaf Selamat Tinggal) di Masjidil Haram bersama bimbingan Mutawwif.
Daftar keluar hotel Mekah dan penyerahan kunci bilik.
Bergerak ke Kota Suci Madinah Al-Munawwarah dengan menaiki bas persiaran berhawa dingin (anggaran perjalanan 5 hingga 6 jam).
Tiba di Kota Madinah, daftar masuk (Check-in) Hotel Madinah dan berehat.
Melakukan Ziarah Mahabbah ke Masjid Nabawi.
route Madinah Al-Munawwarah
Sesi Ziarah Dalaman Masjid Nabawi dipimpin oleh Mutawwif.
Mengucapkan salam dan selawat di Makam Rasulullah SAW, Makam Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A dan Makam Saidina Umar Al-Khattab R.A.
Ziarah Perkuburan Baqi' (makam ahli keluarga dan sahabat Rasulullah SAW).
Memasuki Raudhah Al-Mutahharah (Taman Syurga) mengikut slot masa permit rasmi aplikasi Nusuk.
Memperbanyakkan solat sunat, iktikaf dan doa di dalam Masjid Nabawi.
route Madinah Al-Munawwarah
Berkumpul di lobi hotel jam 7:30 pagi untuk ziarah luaran sekitar Kota Madinah.
Melawat Masjid Quba' (masjid pertama dibina dalam Islam - berwuduk dari hotel dan bersolat sunat berganjaran pahala satu Umrah).
Melawat Jabal Uhud dan menziarahi Makam Para Syuhada Uhud termasuk Saidina Hamzah R.A.
Melalui Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat) dan Masjid Tujuh (Khandaq).
Singgah di Pasar Kurma / Kebun Kurma untuk membeli kurma segar dan produk tempatan Madinah.
route Madinah Al-Munawwarah
Acara bebas untuk jemaah memperbanyakkan amal ibadah, beriktikaf, membaca Al-Quran dan berdoa di Masjid Nabawi.
Sesi tazkirah rohani dan perkongsian ilmu bersama Mutawwif.
route Madinah → Jeddah / Madinah Airport
Melaksanakan Ziarah Wada' di Masjid Nabawi sebagai penghormatan terakhir sebelum meninggalkan Madinah.
Daftar keluar hotel dan penyerahan kunci bilik.
Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah / Jeddah dengan bas.
Urusan daftar masuk penerbangan pulang (Check-in luggage 25kg) dan penyerahan Air Zamzam 5 Liter.
Berlepas ke destinasi transit.
route Jeddah / Transit → KLIA
Menyambung penerbangan dari destinasi transit ke Kuala Lumpur.
Dijangka selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Urusan tuntutan bagasi dan pengambilan Air Zamzam rasmi.
Semoga ibadah Umrah diterima Allah SWT dan dikurniakan Umrah yang mabrur. Jazakumullahu Khairan.
route KLIA → Transit → Jeddah → Mekah
Berkumpul di KLIA mengikut masa yang ditetapkan untuk taklimat penerbangan.
Daftar masuk (Check-in) penerbangan transit dan berlepas ke Jeddah.
Jemaah berihram dan berniat Umrah di dalam pesawat sebelum melepasi perbatasan Miqat (Qarnul Manazil).
Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Bergerak ke Mekah dengan bas berhawa dingin yang disediakan.
Daftar masuk Hotel Mekah & menyempurnakan ibadah Umrah pertama bersama Mutawwif.
route Makkah Al-Mukarramah
Hari bebas untuk jemaah berehat selepas menyempurnakan Umrah pertama.
Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram, tawaf sunat dan beriktikaf.
route Mekah → Jaaranah → Mekah
Berkumpul di lobi hotel jam 7:30 pagi untuk ziarah luaran Mekah.
Melawat Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah dan Mina.
Singgah di Masjid Jaaranah bagi jemaah yang ingin berniat Umrah kali kedua.
Kembali ke Mekah dan menyempurnakan Umrah kedua bersama Mutawwif.
route Mekah → Hudaibiyah → Mekah
Berkumpul di lobi hotel jam 7:30 pagi.
Melawat Masjid Hudaibiyah, peninggalan bersejarah Perjanjian Hudaibiyah dan ladang ternakan unta.
Jemaah boleh berniat Umrah kali ketiga di Masjid Hudaibiyah.
Kembali ke Mekah dan menyempurnakan ibadah Umrah.
route Makkah Al-Mukarramah
Memperbanyakkan solat berjemaah, doa dan iktikaf di hadapan Kaabah.
Sesi perkongsian ilmu dan bimbingan bersama Mutawwif.
route Mekah → Taif → Mekah
Bergerak ke Kota Taif dengan menaiki bas bersama Mutawwif.
Melawat Masjid Abdullah Ibn Abbas, kilang pemprosesan minyak wangi ros dan menikmati keindahan tanah tinggi Taif.
Menikmati makan tengah hari istimewa hidangan tradisi Taif.
Berniat Umrah di Miqat Qarnul Manazil (bagi yang berhasrat) sebelum pulang ke Mekah.
route Makkah Al-Mukarramah
Acara bebas untuk memperbanyakkan amal ibadah di Masjidil Haram.
route Mekah → Madinah Al-Munawwarah
Melaksanakan Tawaf Wada' (Tawaf Selamat Tinggal) di Masjidil Haram selepas Solat Zohor.
Daftar keluar hotel Mekah dan bergerak ke Kota Madinah menaiki bas persiaran yang selesa.
Daftar masuk (Check-in) Hotel Madinah.
Ziarah Dalaman Masjid Nabawi dipimpin oleh Mutawwif.
route Madinah Al-Munawwarah
Berkumpul di lobi hotel jam 7:30 pagi untuk ziarah luaran Madinah.
Melawat Masjid Quba', Jabal Uhud (Makam Syuhada Uhud), Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh (Khandaq) dan Pasar Kurma Madinah.
Ziarah Raudhah mengikut slot permit aplikasi Nusuk rasmi.
route Madinah Al-Munawwarah
Acara bebas untuk jemaah beriktikaf, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
route Madinah → Jeddah / Madinah Airport
Melaksanakan Ziarah Wada' di Masjid Nabawi.
Daftar keluar hotel dan penyerahan kunci bilik.
Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah / Madinah dengan bas.
Daftar masuk penerbangan transit pulang ke tanah air.
route Jeddah → Transit → KLIA
Daftar masuk penerbangan TRANSIT di Lapangan Terbang Jeddah.
Berlepas ke destinasi transit, tiba di transit dan menyambung penerbangan ke KLIA.
Dijangka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Panduan rasmi bagi memastikan perjalanan ibadah lancar, selamat dan teratur.
Subject to package terms and current regulations. Please confirm with a consultant.
Prepare essentials according to your travel season for a more comfortable Umrah journey.





Ask about Umrah packages, dates, documents, visas or travel preparation.
Quick questions
Do not enter passport numbers, bank card details, PINs, OTPs or passwords.
These answers provide initial guidance. Package details, prices and visas are subject to staff confirmation.