TERMA & SYARAT PAKEJ HAFIZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Terma & Syarat ini adalah tergunapakai untuk semua pakej pelancongan Hafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai Hafiz Travel & Tours) iaitu pakej Umrah, “Outbound” dan “Inbound”.
ATURCARA & PERJALANAN PAKEJ
- Hafiz Travel & Tours tidak menjamin bahawa pakej yang disediakan adalah bersesuaian pada semua lapisan masyarakat. Tetapi,Hafiz Travel & Tours memberi jaminan bahawa Hafiz Travel & Tours akan memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap peserta yang berdaftar.
- Hafiz Travel & Tours tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabilitisekiranya timbul sebarang masalah kesakitan, kesihatan, kecelakaan atau kematian daripada mana-mana aktiviti yang disediakan atau aktiviti yang dilakukan di atas pilihan peserta sendiri.
- Kebarangkalian pertukaran aturcara dan perjalanan adalah tertakluk kepada peraturan 9 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, sekiranya berlaku pertukaranaturcara dan Hafiz Travel & Tours terpaksa mengadakan aturcara altenatif sebagai ganti, Hafiz Travel & Tours tidak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa aturcara atau perjalanan altenatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai yang sama dan serupa seperti aturcara atau perjalanan asal.
HOTEL PENGINAPAN
- Taraf bintang dan jarak hotel yang dinyatakan di dalam mana – mana iklan Hafiz Travel & Tours adalah pentarafan yang diberikan oleh pihak hotel sebagai rujukan sahaja.
- Penarafan bintang dan servis yang diberikan hotel mungkin berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.
- Hafiz Travel & Tours berhak mengubah hotel yang dinyatakan di dalam iklan di atas sebab tiada kekosongan atau lain-lain masalah berkaitan hotel secara bernotis.
- Sekiranya berlaku perubahan tersebut, Hafiz Travel & Tours tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin bagi memberikan hotel ganti yang setaraf atau lebih baik.
- Polisi mengenai waktu kemasukan (check-in) dan waktu keluar (check-out) hotel adalah berbeza mengikut hotel. Hafiz Travel & Tours tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabilitikesusahan yang peserta alami akibat daripada polisi tersebut.
- Penyusunan bilik yang dilakukan adalah berdasarkan susunan lelaki dengan lelaki dan perempuandengan Hafiz Travel & Tours akan berusaha untuk menyediakan susunan bilik mengikut susunan keluarga.
- Terdapat juga kemungkinan berlaku penstrukturan bilik dari bilik berempat kepada bilik berlima atau berenam di Madinah ketika waktu puncak.
PENDAFTARAN PAKEJ
- Pelanggang wajib menyediakan maklumat lengkap:
- Nama peserta
- Nombor kad pengenalan peserta
- Nombor telefon peserta
- Alamat lengkap bagi ketua atau wakil sekiranya pendaftaran di dalam satu (1) kumpulan
- Nama dan nombor telefon waris yang tinggal di Malaysia dan boleh dihubungi
- Hafiz Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab sekiranya butiran yang diberikan adalah tidak benar.
DEPOSIT & BAYARAN PENUH PAKEJ
- Wang pendahuluan atau deposit setiap pakej Umrah adalah RM1,000.00 seorang.
- Wang pendahuluan atau deposit setiap pakej “Outbound” dan “Inbound”adalah RM500.00 seorang.
- Baki bagi bayaran pakej mesti dibuat dalam masa:
- 60 hari sebelum tarikh berlepas bagi Pakej Umrah Cuti Sekolah
- 45 hari sebelum tarikh berlepas bagi Pakej Umrah Musim Biasa
- Pembayaran boleh dilakukan melalui:
- Tunai hanya di Ibu Pejabat Hafiz Travel & Tours sahaja
- Secara deposit tunai ke Akaun Bank Hafiz Travel & Tours (Salinan transaksi akan dijadikan sebagai bukti bayaran)
- Maklumat Akaun atas nama HAFIZ TRAVEL & TOURS SDN.BHD.:
- Malayan Banking Berhad (Maybank) :5511 0035 0297
- Bank Islam (M) Berhad (BIMB) :0101 401 007 3077
- Hafiz Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab terhadap transaksibayaran yang dibuat bukan ke dalam akaun syarikat atau ke akaun pihak ketiga.
DOKUMEN PERJALANAN
- Peserta perlu menyediakan salinan dokumen seperti berikut :
- Pasport antarabangsa (tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas)
- Buku suntikan Meningococcal (ACYW-135)
- Gambar Visa
- Dokumen mahram (sekiranya ada)
- Lain – lain dokumen tambahan sekiranya bukan warganegara Malaysia
- Salinan tersebut perlu diserahkan kepada Hafiz Travel & Tours selewat lewatnya 45 hari sebelum Tarikh Pakej.
- Hafiz Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kebarangkalian yang berlaku sekiranya peserta gagal menyerahkan salinan dokumen sebagaimana waktu yang telah ditetapkan.
- Hafiz Travel & Tours adalah perantara dalam permohonan visa Umrah atau visa pelancong. Segala kelulusan permohonan visa adalah tertakluk kepada pihak kerajaan Arab Saudi.
- Sekiranya permohonan visa ditolak oleh kerajaan Arab Saudiatau negara yang akan dilawati, Hafiz Travel & Tours akan mengenakan caj tambahan semula kepada peserta bagi permohonan semula visa.
- Hafiz Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan, kerosakan atau lain – lain perkara pada dokumen perjalanan yang menyebabkan peserta tidak dapat meneruskan perjalanan pakej sebagaimana jadual.
PEMBATALAN PAKEJ, PENARIKAN DIRI, PINDAAN ATAU PERUBAHAN NAMA PESERTA, TARIKH PENERBANGAN & JENIS PAKEJ
- Pembatalan atau perubahan daripada pihak Hafiz Travel & Tour:
- Hafiz Travel & Tours berhak membatalkan atau meminda perjalanan pakej tertakluk kepada terma & syarat serta perubahan dengan notis
- Hafiz Travel & Tours akan memberi tarikh atau pakej altenatif yang lebih baik atau setaraf kepada peserta
- Peserta akan diberikan hak untuk meneruskan atau membatalkan tarikh atau pakej altenatif yang diberikan
- Sekiranya peserta tidak bersetuju, Hafiz Travel & Tours akan membuat pemulangan penuh kepada pihak peserta
- Segala perubahan yang berlaku akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau secara bertulismelalui emel atau aplikasi “whatsapp”
- Pembatalan & tarik diri daripada peserta:
- Segala jenis pembatalan yang dibuat oleh peserta wajib dilakukan secara bertulis dan diserahkan kepada pihak Hafiz Travel & Tours
- Segala pembatalan yang dibuat 45 hari bekerja sebelum tarikh berlepas, caj fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% dari pakej pelancongan (mengikut mana yang lebih tinggi) akan dikenakan setiap seorang
- Jika notis pembatalan diterima dalam tempoh 44 hari bekerja atau kurang, caj seperti jadualdi bawah akan diguna pakai:
PEMBATALAN DITERIMA |
CAJ PEMBATALAN |
22 – 24 hari bekerja sebelum tarikh berlepas |
Perlucutan penuh deposit |
15 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas |
35% dari harga pakej |
8 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas |
50% dari harga pakej |
3 – 7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas |
75% dari harga pakej |
2 hari bekerja atau kurang dari tarikh berlepas |
100% dari harga pakej |
- Perubahan atau pindaan daripada pihak peserta:
- Segala perubahan atau pindaan yang di buat oleh peserta wajib dilakukan secara bertulis
- Hafiz Travel & Tours akan mengenakan caj fi pentadbiran sebanyak RM200.00 seorang untuk setiap pindaan atau perubahan yang dibuat
- Sekiranya peserta ingin membuat pindaan nama peserta selepas tiket penerbangan dibeli, peserta perlu membayar segala jenis penalti yang dikenakan oleh pihak penerbangandan caj fi Pentadbiran sebanyak RM200.00 juga akan dikenakan
- Sekiranya pembatalan dibuat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau kes kematian.Dokumen yang berkaitan perlu dilampirkan bersama ketika pembatalan dibuat.
PEMULANGAN WANG
- Sebarang pemulangan wang atau pengembalian wang bayaran pakej sama ada pembatalan dari peserta atau Hafiz Travel & Tours adalah tertakluk kepada pemulangan wang daripada pihak ketiga.
- Tempoh pemulanganwang adalah dari 2 minggu hingga satu (1) bulan dari tarikh pembatalan.
- Tiada pemulangan wang kepada peserta sekiranya peserta tidak menggunakan apa – apa aktiviti atau kelengkapan yang terkandung di dalam pakej.
- Pemulangan wang atau caj fi pentabiran yang dikenakan adalah tertakluk kepada budi bicara Hafiz Travel & Tours sekiranya pembatalan dibuat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau kes kematian.
HAFIZ TRAVEL & TOURS SEBAGAI PIHAK KETIGA/ PIHAK BERKECUALI
- Hafiz Travel & Tours adalah hanya perantara di antara peserta dan syarikat penerbangan, hotel penginapan, pengangkutan atau pihak pembekal perkhidmatan.
- Hafiz Travel & Tours bukan pemilik atau pengendali mana mana syarikat pengangkutan, penerbangan, hotel penginapan atau mana mana tempat lawatan di dalam pakej.
- Hafiz Travel & Tours tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarangkerosakan, kelewatan, kesusahan atau apa apa perkara yang tidak dijangka akibat daripada pecah kontrak samada disengajakan atau tidak oleh pihak tersebut.
HAK UNTUK MENOLAK TEMPAHAN
- Hafiz Travel & Tours berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa – apa jadual perjalanan atau tempahan yang telah di buat peserta sekiranya didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, mengurangkan keselesaan atau keseronokan peserta lain dalam pakej tersebut.
- Hafiz Travel & Tours berhak untuk membatalkan atau menarik balik tempahan peserta jika terdapat pihak seperti syarikat penerbangan, hotel atau mana mana pihak pengurusan yang enggan membenarkan mana – mana peserta menyertai pakej tersebut.
TANGGUNGJAWAB PELANGGAN
- Menyemak dan memastikan status kelayakkan keluar negara sebelum berlepas. Hafiz Travel & Tours tidak bertanggungjawab ke atas segala kerugian kos pakej sekiranya peserta disenarai hitam dan berstatus disekat keluar negara pada saat-saat akhir.
- Setiap peserta yang mempunyai masalah kesihatan diwajibkan membuat deklarasi kesihatan secara bertulis kepada Hafiz Travel & Tours sebelum berlepas.
- Setiap peserta yang mempunyai masalah kesihatan dan melebihi umur 65 tahun diwajibkan untuk terbang bersama waris dandigalakkan untuk mengambil perlindungan insuran/ takaful tambahan.
- Sebarang lebihan timbangan berat bagasiadalah tanggungjawab peserta. Hafiz Travel & Tours tidak bertanggungjawab di atas caj – caj tambahan akibat lebihan had berat bagasi tersebut.
- Hafiz Travel & Tours tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kehilangan bagasi/ barang peserta ketika sepanjang perjalanan pakej. Walaubagaimanapun, pihak Hafiz Travel & Toursakan membantu peserta dengan sedaya upaya dalam urusan membuat tuntutan kehilangan bagasi/ barang
- Harga pakej adalah tertakluk kepada kadar tukaran wang asing, caj cukai semasa dan kenaikan harga tiket penerbangan semasa. Segala perubahan atau kenaikan harga pakej kerana perkara – perkara tersebut adalah di bawah tanggungjawab peserta.
- Hafiz Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan penerbangan atau kegagalan menghadirkan diri Ketika waktu penerbangan disebabkan oleh kecuaian peserta.
- Peserta disarankan untuk hadir sekurang – kurangnya satu kali Kursus Umrah bagi menambah ilmu pengetahuan dan mendapatkangambaran pakej sebelum berlepas menunaikan Umrah.
LAIN – LAIN HAL
- Hafiz Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kemungkinan sekiranya Hafiz Travel & Tours tidak dapat melaksanakan kewajiban di bawah terma & syarat atau mana – mana bahagian disebabkan berlakunya kejadian di luar kawalan syarikat.
- Antara kejadian-kejadian yang di maksudkan adalah:
- Perperangan, pertempuran, penaklukan atau serangan dan tindakan dari musuh-musuh asing (samada diisytiharkan atau tidak)
- Pemberontakan, rampasan kuasa, atau perang saudara
- Rusuhan, kekacauan atau kekecohan awam
- Perintah dan larangan dari pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia atau Arab Saudi atau negara yang akan dilawati disebabkan perkara – perkara tertentu.
- Sebarang perubahan atau pindaan yang dilakukan oleh Hafiz Travel & Tours pada bila – bila masa adalah melalui notis terlebih dahulu.
TEMPOH BERTENANG – “COOLING PERIOD”
- Tempoh bertenang adalah tempoh untuk pelanggan/ peserta membaca dan memahami isi kandungan terma dan syarat pakej Hafiz Travel & Tours. Pelanggan/ Peserta berhak membuat pembatalan sekiranya tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini dan Hafiz Travel & Tours akan memulangkan bayaran penuh selepas pembatalan dalam tempoh bertenang ini.
- Tempoh bertenang diberikan selama 48 jam selepas bayaran deposit diguna pakai bagi pendaftaran yang melebihi 45 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.
- Tempoh bertenang diberikan selama 24 jam selepas bayaran deposit diguna pakai bagi pendaftaran kurang 44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.