Tentang Kami

Siapa Kami

Hafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat agensi pelancongan dan pengendali umrah yang berdaftar di Malaysia, yang secara rasmi ditubuhkan pada tahun 2022. Syarikat ini menjalankan aktiviti sebagai pengendali pelancongan, agensi perjalanan serta perkhidmatan tempahan berkaitan dengan fokus utama dalam menguruskan perjalanan ibadah ke Tanah Suci secara tersusun dan profesional.

Ibu pejabat Hafiz Travel & Tours terletak di Larkin, Johor Bahru, dan syarikat ini telah berkembang dengan membuka rangkaian cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Johor, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Secara keseluruhannya, Hafiz Travel mempunyai lebih daripada 10 cawangan aktif bagi memudahkan urusan pelanggan di pelbagai negeri.

Sejak penubuhannya, Hafiz Travel & Tours komited dalam membantu umat Islam menunaikan ibadah umrah dengan selesa dan teratur. Syarikat ini telah menguruskan perjalanan ramai jemaah ke Tanah Suci dengan memberikan perkhidmatan yang menitikberatkan aspek kebajikan, bimbingan ibadah serta pengalaman perjalanan yang lancar.

Dari segi kepimpinan, Hafiz Travel & Tours diasaskan oleh individu yang berpengalaman dalam industri pelancongan dan pengurusan umrah Tn. Haji Hafizul Bin Muhammad.

Hafiz Travel menawarkan pelbagai jenis pakej termasuk pakej umrah seperti pakej bajet, pakej premium, pakej khas wanita, pakej honeymoon serta pakej ziarah ke destinasi tambahan seperti Istanbul dan Dubai. Selain itu, syarikat ini juga menyediakan pakej pelancongan ke luar negara merangkumi destinasi Asia dan Eropah, memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman melancong ke pelbagai negara di seluruh dunia.

VISI

Menjadi syarikat pelancongan yang sentiasa telus, berpaptutan dan menjadi pilihan paling utama di hati masyarakat

MISI

Menyediakan pakej pelancongan yang terjamin dengan harga yang releven dari semasa ke semasa dan menawarkan khidmat yang memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan

SIJIL DAN PENGIKTIRAFAN